Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."







Falsafah Pendidikan Islam

"Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu,, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat"

Nuffnang Ads

Edisi terbaru Solusi,jom klik!!

Edisi terbaru Solusi,jom klik!!
Dapatkan majalah Solusi ini daripada kedai maya kami.

03 March 2012

Makanan Halal Bentuk Peribadi Mulia

Makanan Halal Bentuk Peribadi Mulia

Oleh: Husni Zaim Bin Md. Isa

Firman Allah S.W.T. : “Wahai sekalian manusia makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikuti jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” Al-Baqarah, ayat 168 

Pemilihan makanan yang halal perlu diambil perhatian oleh setiap individu yang bergelar muslim. Apatah lagi pada hari ini umat Islam khususnya di Malaysia sangat terdedah dengan pelbagai jenis makanan dan minuman terutamanya yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha makanan bukan Islam. 

Memandangkan kerajaan telah mengambil inisiatif menubuhan hub halal, peluang ini adalah cara terbaik dan lebih memudahkan kita sebagai pengguna muslim untuk memilih makanan yang benar-benar halal, baik dan berkhasiat. Peluang ini banyak diambil oleh pengusaha-pengusaha makanan bukan muslim di dalam meluaskan pasaran produk mereka terhadap pengguna-penguna muslim di Malaysia mahupun di Timur Tengah. Sebaiknya pengusaha-pengusaha makanan muslim harus bijak mengambil peluang dan inisiatif yang telah disediakan oleh pihak kerajaan ini di dalam usaha untuk memastikan industri makanan halal di Malaysia lebih terjamin kesahannya. 

Hari ini masih ramai umat Islam mengambil mudah soal kewajipan untuk mengambil makanan yang benar-benar terjamin halal dan bermutu. Mereka merasakan asalkan mengambil makanan yang tiada daging babi atau unsur-unsur babi di dalam makanan itu sudah dianggap halal. Padahal, jika seorang mukmin itu betul-betul mengambil berat mengenai halalnya sesuatu makanan yang akan disuapkan ke dalam mulutnya apatah lagi untuk disuapkan kepada isteri dan anak-anaknya maka ada beberapa persoalan yang perlu dijawap. Antara yang paling penting adalah sumber kewangan yang digunakan untuk membeli makanan. Apa yang dimakan, siapa yang menyediakannya dan bahan-bahan yang digunakan juga perlu dipersoalkan.Persoalan kebersihan penyediaan makanan juga tidak kurang penting, kerana makanan yang tidak bersih dan memberi mudharat kepada sesiapa yang memakannya juga adalah haram di sisi agama Islam.

Kesan terhadap pengambilan makanan dan minuman yang haram adalah sangat ketara di dalam kehidupan dan peribadi seseorang muslim. Pengambilan makanan dan minuman yang haram akan menjejaskan ibadat dan doa kita kepada Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda mengenai perintah Allah kepada sekalian mukmin untuk mencari makanan yang halal lagi baik di dalam sebuah hadis qudsi yang masyhur ; “Wahai sekalian orang yang beriman, makanlah makanan yang baik yang telah kami rezekikan kepada kamu. Kemudian baginda menyebut mengenai seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya sedang menghulurkan kedua tangannya ke langit dan berdoa, wahai tuhanku! wahai tuhanku. Rasulullah bersabda: Padahal makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya juga haram serta mulutnya (disuapkan) dengan benda yang haram. Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya?”.

Kesucian batin terutamanya hati menjadi titik penting terhadap mustajabnya sesuatu doa samada ia diperkenankan oleh Allah atau tidak. Penyakit-penyakit hati yang muncul pada hari ini juga banyak berpunca daripada kesan pengambilan makanan yang tidak halal. Penyakit-penyakit hati hati seperti panas baran, ego, bongkak, sombong, tidak mahu mendengar nasihat, keras kepala, masalah disiplin di sekolah dan berbagai lagi penyakit hati ini bila diselidiki sedikit sebanyak berpunca daripada makanan dan minuman yang diambil. Minuman keras seperti cap Ah Pek, Oranjebum, Dester dan pelbagai lagi jenama-jenama minuman keras yang banyak diminum oleh masyarakat hari ini merupakan punca berlakunya keruntuhan akhlak dan peribadi diri yang lemah terutamanya di kalangan pelajar. Sayangnya, yang banyak mengambil minuman keras ini adalah terdiri daripada orang-orang yang mengaku agamanya adalah Islam. Bahkan perlakuan minum minuman keras di khalayak ramai juga dianggap sebagai sesuatu yang normal di dalam masyarakat hari ini. Orang yang tidak minum minuman keras pada hari ini dianggap sebagai seorang yang kolot dan tidak ‘up to date’. Benarlah kata Rasulullah S.A.W., Islam pada akhir akan kembali asing. Orang yang mengamalkan Islam di akhir zaman akan dianggap pelik dan terasing. 

Peribadi diri yang tinggi dan akhlak yang mulia adalah cerminan daripada hati seseorang yang bersih dan terpelihara. Untuk melahirkan individu yang memiliki hati dan jiwa yang bersih persoalan makanannya menjadi perkara penting terutamanya kepada ibubapa. Ibubapa yang baik pastinya akan memberikan makanan yang baik dan halal untuk anak-anaknya. Sebagai umat Islam yang benar-benar menghayati ajaran agama sepatut dan sewajarnya kita berusaha untuk mencari yang halal kerana sabda Rasulullah S.A.W.: “ mencari yang halal itu fardhu atas setiap muslim”.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger

Followers

Muzik Video Pilihan

About Me

My photo
Berasal daripada negeri yang diberi jolokan Jelapang Padi, Kedah. Sekarang sebagai pendidik yang bertugas di negeri Sarawak.