"Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Pepatah melayu ini sering kita dengar dan dilafazkan samada di dalam percakapan biasa mahupun di dalam drama atau filem yang ditayangkan di dalam media. Lidah atau lebih tepat lagi mulut memainkan peranan penting dalam membentuk personaliti seseorang. Kita dapat menilai personaliti seseorang daripada gaya percakapan, tutur bicaranya dan lenggok bahasanya samada susuk peribadi tersebut orangnya jenis penyabar, boleh di bawa bicara, pemarah dan sebagainya.
Dengan gaya percakapan dan lenggok bahasa yang digunakan juga, kita dapat menilai tahap pendidikan dan rasa empati seseorang terhadap sesuatu perkara. Justeru, Islam amat mementingkan soal penjagaan mulut atau lidah ketika berbicara kerana apabila kita tidak berhati-hati menggunakannya dikhuatiri ia akan mengundang kesalahan atau dosa yang lebih besar iaitu dosa mengumpat memfitnah.Nauzubillah..
Menurut Imam Al-Ghazali, tanda-tanda lidah yang kotor ialah:
- Berkata-kata yang tidak berfaedah.
- Berlebih-lebihan apabila bercakap.
- Suka bercakap yang batil.
- Banyak memaki hamun.
- Suka bertengkar dan bertikam lidah.
- Mencari-cari kesalahan orang lain.
- Suka mengumpat.
- Bergurau secara berlebihan.
- Suka mengejek dan menghina orang lain.
- Membuka aib orang lain.
- Merendah-rendahkan orang lain.
- Bersumpah palsu.
- Memuji bukan pada tempatnya atau mengampu.
Sesungguhnya penjagaan lidah atau mulut amat penting dan ditekankan di dalam ajaran Islam, kerana tutur kata dan lenggok bicara kita mencerminkan peribadi dan maruah diri seseorang. Jika bahasa baik, maka baiklah budi pekertinya, jika kasar butir bicaranya maka kasarlah keperibadiannya. Wallahhua'alam.
No comments:
Post a Comment