Falsafah Pendidikan Kebangsaan
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Falsafah Pendidikan Islam
"Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu,, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat"
Kemalangan Bot Ekspres di Sarawak
|
Bot Ekspress. Kenderaan utama untuk ke Bandar Sarikei |
|
Bot Tongkang |
Berita utama semalam melaporkan mengenai kemalangan yang berlaku antara bot ekspres dan bot tongkang di negeri Sarawak. Kemalangan tersebut memang menarik perhatian saya.Apa tidaknya, sememangnya kenderaan tersebut menjadi kenderaan utama untuk saya keluar ke bandar untuk mengambil gaji bulanan, beli barang-barang keperluan. Untuk berita yang lebih lanjut, saya cuba mencari maklumat terkini mengenai kemalangan tersebut. Yang terkini adalah di Malaysiakini..
Dikemaskini Seorang budak perempuan disahkan terkorban, dua lagi hilang manakala 17 dilaporkan selamat dalam kejadian bot ekspres berlanggar dengan sebuah kapal tunda di hulu Sungai Anap dekat Bintulu kira-kira jam 2.30 petang ini.
Ketua Pasukan Gerakan Marin (PGM) Sarawak ACP Taib Sabot berkata berdasarkan kepada maklumat daripada mangsa yang selamat, ketika kejadian terdapat 20 orang dalam bot ekspress komersial itu termasuk pemandu.
Bercakap kepada Bernama di sini, beliau berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang masih lagi giat dilakukan oleh pasukan PGM dengan bantuan pasukan Polis Gerakan Am (PGA) dan penduduk tempatan.
Katanya, keadaan cuaca gelap memaksa operasi SAR kini lebih tertumpu ke lokasi kejadian.
- Bernama
http://www.malaysiakini.com/news/145695
"Ya Allah, kau permudahkanlah urusan kami, kau lindungilah kami daripada marabahaya dan bencana yang mendatang.Amin.."
No comments:
Post a Comment