Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."







Falsafah Pendidikan Islam

"Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu,, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat"

Nuffnang Ads

Edisi terbaru Solusi,jom klik!!

Edisi terbaru Solusi,jom klik!!
Dapatkan majalah Solusi ini daripada kedai maya kami.

20 November 2010

Ibadah Korban

Gambar hiasan
Alhamdulillah pada tahun ini saya sekeluarga menyambut hari raya Eiduladha di perantauan. Beraya di negeri Sarawak sebenarnya. Pada tahun ini  juga saya telah diberi taklifan untuk membaca khutbat khas bersempena Eiduladha di Masjid Kg. Jerijeh. Alhamdulillah dapat juga diselesaikan dengan baik. Dalam kesibukan menyambut hari raya dan meraikan ibadah korban yang meriah di setiap pelusuk kampung dan masjid, timbul persoalan daripada kalangan rakan-rakan guru dan bukan guru mengenai hukum orang bukan islam memakan daging korban. Saya merujuk kepada beberapa buku dan blog yang menulis mengenai perkara tersebut. Akhirnya saya dapat ringkaskan jawapan seperti berikut..

Imam Nawawi menaqalkan bahawa Imam Ibnu Munzir berkata:

” Ulama telah sepakat bahawa harus diberikan daging korban kepada org Islam yg miskin. Adapun ahli Zimmmah (bukan Islam), ulama berselisih pendapat mengenainya. Imam Hasan al-Basri, Abu Hanifah dan Abu Tsur (seorg mujtahid mutlaq spt Imam Syafei dll)membenarkannya.

Imam Malik pula memakruhkannya, malah beliau memakruhkan memberi kulit binatang korban atau dagingnya kepada mereka. Begitu juga dengan Imam al-Laith (mujtahid mutlak) memakruhkannya, dan beliau berkata: Jika dimasak dagingnya tidak mengapa kafir zimmi makan bersama.” (1)

Ulama hanabilah (mazhab Imam Ahmad) juga membenarkan daging korban yg sunnat diberikan kepada org kafir. Adapun korban yg wajib ia tidak dibenarkan (2)

Adapun pandangan ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie;

a) Imam Nawawi mengharuskannya jika korban itu adalah korban sunat, bukan korban wajib.

b) Adapun ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie yang lain –antaranya Syeikh Khatib as-Syarbini- mereka tidak mengharuskan daging korban diberikan kepada orang kafir. (3)

Di dalam hal ini, banyak pandangan yang telah diberikan oleh para ulamak mengenai hukum tersebut. Terpulang kepada kita untuk berpegang kepada mana-mana pandangan yang menjadi pilihan kita. Adalah diharapkan ibadah korban yang kita jalankan pada tahun ini diterima Allah S.W.T.
Wallahu a’lam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger

Followers

Muzik Video Pilihan

About Me

My photo
Berasal daripada negeri yang diberi jolokan Jelapang Padi, Kedah. Sekarang sebagai pendidik yang bertugas di negeri Sarawak.